Friday, June 28, 2013

our team for semester 2

kahkahkah..
semester habis mesti digilai dengan gelak ketawa..
tapi kami last paper muka semua sedih sebabnya tak dapat kesemua soalan dengan rasa ilmu penuh di dada..
itu sebabnya kami nie jenis belajar logic circuit last minutes..
tak sempat nak kaji habis apa sebenarnya yang kiteorg belajar selama 6 bulan per semester tu..
hampeh betol..
tu laa subject yang kami semua susah nak paham dan hebat laa..
ehh ada lagi satu subject yang hampeh iaitu DE..
tu pun lebih kurang jugak jadinya..
belajar dalam kelas lain, study step sama macam dalam kelas..
tapi bila tengok soalan final, semuanya lain..hampeh betei laa.. -_-
subject lain so far okey dan dek logik akal laa.. 
tapi perkara yang dah lepas harap jangan dikenang..
kita dah usaha yang terbaik dan dah lakukan apa yang termampu untuk final..
kalau ada rezeki, dapat laa kita bertemu lagi di semester yang akan datang..InsyaAllah..
macam biasa time study week kami berkumpul tuk belajar bersama-sama..
study group kami bertambah keahliannya..hehe
lagi ramai lagi banyak ilmu yang boleh kita kongsikan..
kali nie kami belajar kat fakulti, tempat yang selesa boleh study reramai..
tapi kali nie mood aku kurang okey sikit nak ajar member-member sebabnya aku sendiri rasa ilmu di dada tak cukup nak ajar orang lain..sobsobsob..
mana yang termampu dan paham jer aku boleh ajar..
sorry guys..aku bantu korang mana yang boleh aku tolong jer..
pada yang kena marah dengan aku banyak kali tu...
sabar jela..
perangai terlepas cakap nie memang tak boleh hilang..
mohon maaf yee kawan-kawan..
siapa-siapa terasa hati dengan aku tu cepat-cepat laa buang perasaan tuh..
takot pulak aku..
aku marah pun sebab nak tolong korang..
nak tengok korang berjaya jugak..
tak nak kehilangan korang pada semester yang akan datang..
kita belajar sama-sama, berjaya pun sama-sama..
kan best kalau macam tuh..
aku harap kita semua akan bertemu lagi pada semester akan datang..
tak dak hampa..study group kita sunyi laa...
cerita pasal masa study week nie..
macam-macam kejadian lawak terjadi..
dengan meja belajar penuh dengan makanan kononnya tak nak mengantuk..
dengan membahan-bahan percakapan member..
selalunya selalu buat kiteorang gelak mat yie dengan capang.
ada jer perkataan-perkataan yang boleh buat orang gelak..
ehh kau nie..ehh..selamjer jer..kahkahkah..
style dok korang nie..
belajar pun tak stress..asyik gelak jer..
haishh..ape pun tak boleh..
bila apa yang kiteorang tak habis belajar kat fakulti tu disambung belajar kat bilik masing-masing..
sambil aplikasi twitter, wechat, dan wassap masing-masing active..
kemudahan untuk berinteraksi..
tu untuk kalau-kalau dapat maklumat baru tentang final..
kemudahan yang ada kiteorang guna sehebatnya..huhu
hebatkan kiteorang nie..
sampaikan ada orang rasa tak senang bila tengok kiteorang nie study bagai nak gila..
dengan apa yang aku cakap tadi belajar sama-sama,berjaya pun sama-sama..
that's our team work..
tunggu semester depan anoi and mirul kembali balik ke utem..
alhamdulillah..dapat jumpa korang lagi..
happy bila bersama korang semua..
thank you for this semester..
for the next semester, just wait and see k..