Wednesday, July 4, 2012

perubahan hidup seorang insan


        Ini kisah seorang perempuan yang mempunyai berpewatakan seperti seorang lelaki,erti kata lain ialah “tomboy”.Nama sebenarnya ialah Nur Izzati dan rakan-rakannya memanggilnya sebagai zack.Dia lebih selesa dipanggil zack daripada nama sebenarnya.Dia merupakan seorang pelajar di sebuah university yang terkemuka di ibu Negara.Sejak kecil lagi,dia sememangnya mempunyai perwatakan seperti itu.Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh ibu bapanya tetapi tiada tindak balas yang menunjukkan perubahan positif terhadap dirinya.Zack seorang yang manja dan sangat menyanyangi kedua ibu bapanya.Tidak semestinya zack berpewatakan seperti itu,dia mewarisi sikap kurang ajar,kasar terhadap ibu bapanya,dan tidak menghormati orang sekelilingnya.

        Pada cuti semester,zack mesti akan pulang ke rumahnya tidak seperti rakan-rakannya  yang pergi melencung ke tempat lain.Dia suka menghabiskan cuti semesternya bersama kedua ibu bapanya.Dia merupakan anak tunggal kepada Encik Harun dan Puan Salmah.Dari situ jelas nampak yang zack sangat manja dan menyayangi keluarganya.Pada suatu petang yang nyaman dan tenang,zack dan maknya bersantai di dangau yang berdekatan rumahnya.Zack memicit bahu maknya sambil berbual-bual dan bergurau senda.Bahagianya mereka.

“Zati bilalah kamu nak berubah menjadi perempuan melayu terakhir ni??Mak risau sangat tau x.”,maknya bertanya.
Zack berkata,”hehe..mak nak risau apanya,zati da besarlah mak..err,bab berubah tu,zati rasa belum sampai masanya lagi kot mak,zati belum bersedia dan tiada biasa lagi.”
Dengan hampa maknya mendengar, “erm yela nak,pelahan-pelahan lah,sekurang-kurangnya kamu berusaha k nak..”

        Zack terus memicit bahunya selepas mendengar respon dari maknya.Begitulah jawapannya setiap kali maknya bertanya mengenai dirinya.Selama dua bulan,dia menghabiskan masanya bersama kedua ibu bapanya.Masanya banyak dihabiskan dengan menolong ayahnya di kebun.Zack tidak kekok dan tidak pernah mengeluh membuat kerja-kerja berat di kebun.

Cuti semesternya  pun sudah habis,Zack pun berangkat untuk pulang ke kampus.Semester nie,Zack agak sibuk sebab jadualnya yang dipadatkan dengan kuliah dan latihan futsal.Zack telh dipilih untuk mewakili futsal ke peringkat kebangsaan.dia bekera keras dan bersungguh-sungguh dalam setiap latihan yang dia hadiri.Pada suatu hari,jurulatihnya membuat satu perlawanan persahabatan antara senior girl dan senior boy.Dia mewakili senior girl.Tiba-tiba Zack terpandang seorang jejaka yang telah menarik minatnya untuk melihat sehingga tidak  berkelip mata.Jejaka tersebut bernama Zul.Zack terkejut melihat zul pun turut beraksi dalam gelanggang futsal tersebut.dia tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya dalam permainan itu.Dia tidak dapat mengawal rasa malu dan kekok bermain futsal tersebut sehingga ditegur oleh jurulatihnya.Dia cuba mengawal emosi dan menumpukan perhatiannya.selepas tamat perlawanan,Zack hendak bertanya sesuatu terhadap zul tapi tidak kesampaian kerana Zul bergegas untuk pulang ke asrama.

        Zack termenung seorang diri di dalam biliknya dan bertanya kepada dirinya, “adakah aku telah jatuh cinta dengan zul??ehh,apa yang aku merepek nie..isshh..”

Pada keesokan harinya ketika zack berada di perpustakaan,Zul menghampirinya dan mengajaknya keluar pergi ke kafe.Dia hanya ikut saja arahan zul.Dia seolah-olah bercakap dengan jejaka mahligai yang dia impikan.Mukanya merah padam disebabkan malu dan tidak biasa seperti ini.Ramai orang memerhatikan mereka.Dia dan zul duduk satu meja di kafe tersebut.

Zul bertanya, “semalam,awak nak tanya apa dengan saya??”
“err,tanya??ada eh..owh,saya nak tanya awak dak jurusan apa??”,zack bertanya.
“hehe..(ketawa kecil kerana melihat gelagat zack seperti itu)..owh,saya dak chemical enggenering tahun ke-2.”zul membalas pertanya zack.
“owh..hehe..saya dak sains sukan tahun ke-2 gak..”, zack berkata.

        Dari peristiwa itu,dia dan zul semakin rapat,mesra dan sering bersama.Mereka jugak sering belajar bersama dan bertukar-tukar pendapat sehingga gadis-gadis yang meminati zul berasa cemburu dengan kemesraan mereka berdua.Kejohanan futsal telah pun tiba,ramai rakannya member sokongan terhadap pasukannya.Zul jugak turut hadir memberi sokongan dan semangat kepada zack.Zack telah dianugerahkan sebagai pemain terbaik wanita peringkat kebangsaan.Ini merupakan anugerah yang dia idam-idamkan selama ini.Dia berasa gembira sesangat dan berterima kasih kepada jurulatih dan rakan-rakan terumata sekali jejaka bernama zul kerana telah memberi semangat yang kental buat dirinya.

        Semakin hari semakin rapat dan selasa antara zack dan zul.Zul banyak memberi perubahan terhadap dirinya.Kini,dia berasa semakin semangat dan mula menunjukkan perubahan demi perubahan terhadap dirinya.Dia ugak sudah berjinak-jinak berpakaian seperti prempuan lain.Tidak ada lagi rambut tercacak seperti landak dan tidak lagi berpakaian seperti lelaki.Ramai jugak orang sekeliling mengata dia dan zul mengenai perhubungan rapat mereka,tapi zul tidak kisah dan tidak menghiraukan langsung dengan apa orang cakap mengenai mereka.Zul beranggapan orang sekeliling tidak senang melihat kebahagian orang lain, suka buat dosa kering jer dan mereka tidak tahu perkara sebenar tambahan pula Zul sangat gembira dengan perubahan zack itu.

“ehh!!dah kenapa budak nie tiba-tiba jadi perempuan pulak??dulu nak sangat jadi lelaki”,orang sekeliling mengata.
Raut wajah zack berubah.Dia ditenangkan oleh zul.
“hiraukan jer dengan apa orang nak cakap pasal awak,asalkan awak berubah menjadi baik daripada dahulu.percayalah Allah suka dengan perubahan awak ini.”,zul memujuknya.

        Zack dengan rasa senang hati bila mendengar kata-kata yang telah diungkapkan oleh zul itu.Dia jugak berasa terharu kerana zul boleh menerima perubahannya.Pada malam itu,zack bersama rakan sebiliknya sarah pergi ke masjid untuk mendengar satu ceramah mengenai menutup aurat.Zack mendengar dengan teliti sehingga dia menitiskan air mata.Sarah menenangkannya supaya banyak-banyak bersabar dan  berdoa kepada Allah.Ceramah tersebut banyak memberi kesan dan keinsafan kepadanya.Dalam perjalanan pulang ke asrama,dia membuat satu permintaan terhadap Sarah supaya dapat mengajarnya cara-cara memakai tudung dengan sempurna.Sarah hanya mampu tersenyum dan terharu dengan sikap zack yang sudah mengenali erti kewanitaan dan keinsaafan dalam dirinya.Sarah dengan rasa yang senang,sedia membantunya ke jalan benar.

        Setelah selesai solat subuh,zack bersedia menyiapkan dirinya dengan perubahan baru yang tidak pernah dia lakukan seumur hidupnya.Ketika dalam perjalanan ke kafe,ramai jejaka terpegun melihat keayuannya apabila dia memakai tudung.Zul sedang menunggunya di kafe untuk study bersama.

Zack berkata, “Assalamualaikum,awak dah lama kat sini??”
“Waalaikumussalam..ehh..Zack ker nie???Wow!!!cantiknya”Zul terpegun.
Zack berkat, “hehe..thank awak..lepas nie jangan panggil saya zack lagi,panggil zati jer..”
“Owh ok..jom la kita mulakan study.” Zul berkata.

Setelah setahun,semester akhir pun telah tiba.tiba masanya tuk zack mengemas barang-barangnya yang perlu dibawa balik.Semasa zack sibuk mengemas barang,zack menerima panggilan daripada ayahnya bahawa ayahnya tidak dapat mengambilnya di kampus kerana kereta ayahnya rosak dan berada di bengkel lagi.Ayahnya menyuruh dia bertanya dan meminta bantuan daripada rakan-rakannya untuk menumpang pulang ke rumah.Zack tidak  tahu untuk meminta bantuan daripada siapa,Sarah tinggal jauh dari kawasan tempat tinggalnya.Dia menelefon zul untuk meminta bantuan.

Ttuuttt…Ttuuttt..(kedengaran di telefon zack)

 “Hello zul,saya nak minta bantuan sikit,saya ada masalah nie..” zack bertanya.
Zul menjawab, “masalah ape??mungkin saya boleh bantu awak,InsyaAllah..”
“Begini….(zack cerita masalahnya itu)..bolehkah awak bantu saya??” zack berkata.
Zul membalas, “owh.boleh sesangat,lagipun saya drive sendiri,boleh la saya hantar awak balik ke rumah”
“terima kasih awak sebab banyak tolong saya”zack berkata.

Dia berasa gembira kerana mempunyai seorang teman yang sanggup berkorban apa saja.Sememangnya Zul telah lama perhatikan zack sejak hari pertama pendaftaran,tapi zack je yang tidak perasan langsung.Lain pula pada zack,dia mula jatuh cinta ketika di gelanggang futsal itu.Masing-masing memendamkan perasaan yang tiada siapa tahu walaupun mereka sering bersama ke mana sahaja.Tepat jam pukul 4 petang,zul pun sampai di bawah blok kediaman Zack.Dia meminta bantuan zul untuk angkat barang-barangnya yang banyak mengalahkan zul.Zul hanya mampu ketawa kecil dan terus mengangkat barang-barang itu.Dalam perjalanan ke rumahnya,dia hanya mendiamkan diri kerana dia takut dan tidak biasa naik kereta seorang lelaki kecuali dengan ayahnya.Zack terlalu penat sehingga tertidur.Zul hanya mampu tersenyum melihat kerenah zack dan terus fokus memandu.Setelah sampai persimpangan ke Skudai,zul mengejut zack untuk menunjukkan ke rumahnya.Zack yang terpinga-pinga menunjukkan jalan.Sepanjang Zul bersama dia,sentiasa gelak ketawa dengan kerenah Zack hari nie.

        Mereka telah sampai ke kawasan rumah Zack,ibu bapa zack tunngu di dangau,mereka tidak yang turun kereta itu adalah.

“ehh siapa pulak tu abang??”, maknya berkata.
Ayahnya berkata, “a,ah la,abang pun tak tahu  gerangan siapakah yang datang ke rumah kita petang-petang nie”.
Zack memberi salam, “Assalamualaikum mak ayah”.
Mak dan ayahnya terkejut dengan perubahan zack. Mereka berasa sangat bersyukur melihat zack telah pulang dengan membawa keinsafan dan kegembiraan untuk mereka.
“laa..anak kite la mah,zati tu”.ayahnya berkata.
Zack berkata pula, “yelah ayah mak,ni zati la.Nie zati kenalkan kawan zati kat U,namanya zul.Dia lah yang banyak tolong zati”.
Maknya berkata, “syukur Alhamdulillah..ke zul nie bakal menantu mak dan ayah..hehe..mudah-mudahan kan abang”.

Zul menyalam kedua ibu bapa zack dan diajak naik ke rumah.Dia jugak dipelawa untuk tinggal di rumah zack buat sementara waktu kerana hari semakin gelap,ibu bapa zack risau jikalau zul memandu seorang diri.Zul hanya menurutkan saja pemintaan orang tua zack itu.Betul jugak kata mak dan ayah zack itu.Lagipun zul ada hajat penting untuk diberitahu kepada keluarga zack.

Pada keesokan harinya,zul duduk bersantai sambil berbual bersama ayah dan mak zack.Sementara zack sedang membancuh the di dapur.Jantung zul berdegup kencang (lup dup..lup dup) yang hanya Allah sahaja tahu betapa gementar yer.Sememangnya zack tidak tahu pun rancangan zul pada pagi ini.Ketika zack sudah bersama kami,Zul memulakan rancangannya.

“Pak cik dan mak cik,sebenarnya saya ada hajat yang ingin saya kotakan sesuatu mengenai perasaan saya ini terhadap Zati selama ini yang Zati pun tidak tahu apa-apa pun.Saya nak pa cik dan mak cik mengizinkan saya untuk menjadikan zati sebagai permaisuri dalam hidup saya dengan halalnya.”zul berkata.
Ayah zack berkata, “Alhamdulillah,tercapai jugak hajat pak cik dan mak cik.Sebenarnya Pak cik dan mak cik ada rancangan nak jodohkan kamu berdua,tak sangka pulak kamu pun ada hajat yang sama..syukur sangat2…Tapi kamu kena bekerja dulu untuk menampungkan kehidupan kamu berdua suatu hari kelak.”
“owh..pasal kerja Pak cik tidak perlu risau.Saya akan mengambil alih Syarikat arwah ayah saya.Saya nie anak ayam piatu cik.Hanya tinggal bersama ibu saya sahaja.” Zul berkata.
“Owh..kalu begitu bagus lah.semoga Allah memberi kesenangan dan mempercepatkan majlis antara kamu berdua k..InsyaAllah.Amin..”  ,ayah zack berkata.

Zack hanya tersenyum mendengar perbualan mereka itu.Dia besyukur orang yang selama ni dia suka dan jatuh cinta melamarnya terus menjadi isteri.Cinta mereka disaksikan depan mak ayahnya.SubahannAllah,sucinya cinta mereka.Setahun kemudian,Zack kini bergelar isteri yang sah kepada zul.kehidupan mereka sangat bahagia.Cinta sebenar berputik selepas mereka berkahwin,Zul sangat menyayangi zack iaitu zati.Alhamdulillah kebenaran telah ditunjukkan kepada Zati dalam kehidupannya.Kebahagiaan telah dikecapi olehnya bersama suami yang bertanggungjawab dan menyayanginya sepenuh hati.

*moral of this story~Setiap orang berpeluangan tuk berubah,tak kira cepat ataupun lambat,semestinya pasti ada.jangan lah kita terlalu cepat menghukum mahupun andaian yang buruk terhadap orang yang mahu berubah.give a chance to them.kebahagiaan akan muncul dalam diri kita.InsyaAllah,Allah akan membantunya.

TOINK…TOINK…
Cerite di atas hanya rekaan semata-mata,tiada kena mengena dengan sesiapa pun sama ada yang masih hidup walaupun yang telah meninggal dunia.Harap maaf jika terdapat kesalahan dalam cerita ini.

No comments:

Post a Comment