taufan merupakan kejadian ribut yang berlaku pada situasi di mana haba daripada udara panas akan naik dan wap di dalamnya pula menjadi meluap.
kebiasaannya,taufan akan berlaku pada putaran melawan arah jam di Hemisfera utara manakala mengikut arah jam di Hemisfera selatan.
Kejadian taufan boleh diklasfikasikan mengikut kelajuan angin kencang melebihi 120 kilometer sejam dan boleh dikesan melalui imej yang boleh dirakamkan daripada teknologi satelit.
antara kesan buruk taufan ialah seperti hujan lebat,angin kencang yang sangat dasyat,ombak besar, dan menjejaskan perkapalan.Ia juga boleh merosakkan harta benda selain banjir besar yang akan mengorbankan banyak nyawa.
kawasan utama yang menjadi tempat pembentukkan taufan adalah di Lautan Atlantik,Timur Lautan Pasifik,Tenggara Lautan pasifik,Utara Lautan Hindi,Timur laut Lautan Hindi,Tenggara Lautan Hindi dan Tengah Lautan Pasifik.
No comments:
Post a Comment