Thursday, June 28, 2012

Alhamdulillah,bersyukurlaa..


yummy yummy!!



Assalammualaikum ..hai..

Hari nie nak cerita pasal makanan..hehe..

Mesti korang terliur tengok gambar kat atas ue..

Semau tu buah-buahan yang terdapat di kawasan rumahku kat kedah nie..
Macam-macam ade,!!durian,rambuatan,duku,asam,pisang,cempedak dan my favourite iaitu manggis yang tengah tunggu masa tuk masak n then leh la aq makan..hehe..

Aq bersyukur sangat sebab Allah memberi aq dan keluarga ku rezeki yang berlimpah ruah sehingga xtermakan buah-buahan tersebut,..So,setiap pagi dan petang kami bergotong royong mengumpul buah-buahan yang telah masak dan diberikan kepada saudara2 yang ada di sini..dapatla ramai2 merasa dan xmembazir dengan rezeki Allah berikan nie..Alhamdulillah..Kita beruntung kerana Allah tidak menarik nikmat merasa keenakan makanan yang ada di Malaysia ini berbanding dengan negara2 luar yang sedang gawat,mereka susah untuk mendapat makanan seenak seperti kita ini..nak dapatkan sebiji buah pun susah apakan lagi nasi atau gandum.

kita haruslah beringat sesame kita untuk berwaspada dan tidak membazir dengan pemberian Allah ini supaya kita tidak lalai dan leka dengan pemberian-Nya..amin..

Wednesday, June 27, 2012

Praktikum MS32





Praktikum ms32…???apakah?siapakah??hehe

           Bile cite pasal ms32 ni memang xkan abis n unik sgt..
Memang susah nak jumpa orang2 yang ade dalam praktikum ini di Kolej Matrikulasi Johor 2011/2012..aq rasa bersyukur sangat sebab Allah ketemukan ku debgan orang2 yang baik,sporting,happy go lucky dan memang best laa..Praktikum ms32 ini terdiri 20 orang yang pandai n super deperr genius..hehe..kami jugak mempunyai seorang ummi yang sangat baik dan perhatin at kiteorang untuk menjadi ibu kedua kepada kami..thanx ummi..
   
           Dalam praktikum ini terbahagi 3 group yang giler2 iaitu geng tahi longgok,cherry berry n the lucky group for us is “We are The Choosen one”..
Geng tahi longgok nie selalu berkerjasama tuk mendapatkan gosip2 terkini dan informasi terhangat di KMJ..haha..begitu gak dgn geng cherry berry..
Kebiasaannya kami akan berkongsi cerita bersama-sama 1 prktikum..That why kami diberi nama We are the choosen one…Bak kate kak wi,bukan senang nak  terima gelaran ue sebab hanya Rasulullah SAW seorang saje yang berhak menerima gelaran ue..Kami juga telah memenangi beberapa pertandingan yang tidak disangka-sangka boleh menang menjadi juara..kerjasama kami telah telah membawa tuah dan peluang kepada kami dalam pertandingan “coral Speaking” dan Senam robik” peringkat kolej…tahniah korang semua…

           Bile time study week ,kiteorang bukan study tapi bergosip xhabis2..hehe..biase la konon yer nak hilang stress,tengok2 study entah kemane jer,1 jam pun tak sampai..pe nk jadi da..bile dah nak dekat exam,baru kelam kabut..tu padah yer..hehe..tapi Alhamdulillah,kami lulus gak exam final hari tu…Selama setahun bersama,banyak kenangan manis dan pahit kami rasa bersama.Bila difikirkan balik,macam xnak berpisah jer dengan korang..uurrrwaaagghhh,rindu korang...mungkin satu hari nanti kita akan berjumpa lagi..best of luck to u guyszz…


NI LA KaMi!!




~~GeNg TaHi LoNgGok~~






 Geng Kaki Gosip Time study week..kahkah..




~~Geng Cherry Berry~~




~~We Are The Chosen One~~

Jika tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.


       



 
 Ni la pokok rumbia

          Hari ni Aq nak kongsi cikit pe yang aq baca tadi pagi mengenai ruyung dan sagu..sebab tu tajuknya jika tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya yang bermaksud sesuatu cita-cita atau matlamat itu tidak akan tercapai tanpa usaha kita.Ruyung merupakan kulit atau kayu yang keras daripada batang pokok rumbia.Pokok ini menghasilkan sejenis makanan iaitu sagu.Untuk mendapatkan sagu,kulit yang keras pada pokok rumbia harus dipecah-pecahkan.

       Pokok ini jugak sukar didekati kerana kedudukannya berdekatan dengan kawasan paya dan di dalam hutan.Kekuatan mental dan fizikal perlu ada pada seseorang pencari sagu.Peralatan memotong seperti parang dan kapak haruslah tajam.Selain itu seseorang itu harus mempersiapkan diri untuk menghadapi dengan binatang-binatang yang berbisa dan lain2 kemungkinan harus dititik beratkan.Daripada cerita ini,sesuatu perkara yang kita ingin capai haruslah diikuti dengan usaha kita sendiri,insyaAllah kita pasti akan mencapai dengan apa kita hajati.Kesungguhan untuk Berjaya akan menghasilkan kejayaan pada kita dengan pelbagai kaedah boleh digunakan mengikut kesesuaian diri masing-masing
”Never say give up in your life”

Tuesday, June 26, 2012

our memories..





assalamulaikum..
Hari nie nk story pasal life aq n member² kat SDARY..
Mesti korang nk tau an life at sdary cam ner??hehe..blum pape aq da gelak dulu,itu menandakan sdary member byk makna tuk kiteorang..Aq leh ckp laa….memang best giler laa…suka,duka,gelak ketawa,kena marah dgn cikgu,join aktiviti menarik..fuhh,xleh dilupakan laa..semua aktiviti melibatkan cikgu n pelajar,ni menunjukkan saling bekerjasama antara satu sama lain  n hormat menghormati…sebelum masuk sdary ramai orang cakap,sdary nie sekolah budak jahat n nakal tp sebaliknya tidak sama sekali..huhu..dont judge the book by it cover only…alhamdulillah,keluar dari sdary banyak memberi kenangan yang tak boleh dilupakan terumata sekali cikgu² yang sporting dan tak lupa gak member² yang membentuk kenangan terindah…sobsob…sedih la plak…hehe..

Monday, June 25, 2012

salam permulaan..

assalamualaikum..

    Akhirnya berjaya membentuk blog nie..ribuan terima kasih yg xterkira tuk hazim n Kak dewi sebab mengajar aq membuat blog nie...thanx a lot...hee..Tujuan menulis blog disebabkan aq berada jauh dengan kekawan aq yang berada di Johor Bahru..So,dyowg leh la tau ape yang aq uat at Kedah nie..

~~Aq harap hubungan kekawan aq at JB takkan terputus bagaikan air yang cincang tidak akan terputus jua..This is all for u guyszz...~~