Wednesday, June 27, 2012

Jika tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.


       



 
 Ni la pokok rumbia

          Hari ni Aq nak kongsi cikit pe yang aq baca tadi pagi mengenai ruyung dan sagu..sebab tu tajuknya jika tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya yang bermaksud sesuatu cita-cita atau matlamat itu tidak akan tercapai tanpa usaha kita.Ruyung merupakan kulit atau kayu yang keras daripada batang pokok rumbia.Pokok ini menghasilkan sejenis makanan iaitu sagu.Untuk mendapatkan sagu,kulit yang keras pada pokok rumbia harus dipecah-pecahkan.

       Pokok ini jugak sukar didekati kerana kedudukannya berdekatan dengan kawasan paya dan di dalam hutan.Kekuatan mental dan fizikal perlu ada pada seseorang pencari sagu.Peralatan memotong seperti parang dan kapak haruslah tajam.Selain itu seseorang itu harus mempersiapkan diri untuk menghadapi dengan binatang-binatang yang berbisa dan lain2 kemungkinan harus dititik beratkan.Daripada cerita ini,sesuatu perkara yang kita ingin capai haruslah diikuti dengan usaha kita sendiri,insyaAllah kita pasti akan mencapai dengan apa kita hajati.Kesungguhan untuk Berjaya akan menghasilkan kejayaan pada kita dengan pelbagai kaedah boleh digunakan mengikut kesesuaian diri masing-masing
”Never say give up in your life”

No comments:

Post a Comment