Sunday, October 13, 2013

habuk sudah ini blog..

dah lama tak update blog nie..
duduk asrama baru ni, wifi tak sekuat sepantas macam kat lestari..
hanya mampu buka kat rumah sendiri jer..
itu pun kalau balik rumah..
rasanya agaklaa lama jugak laa tak active buka n update blog ni..
dah berhabuk dah nie..haishh..

Monday, July 15, 2013

Marhaban Ya Ramadhan

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ .

(Surah Al-Baqarah: 183)


Friday, June 28, 2013

our team for semester 2

kahkahkah..
semester habis mesti digilai dengan gelak ketawa..
tapi kami last paper muka semua sedih sebabnya tak dapat kesemua soalan dengan rasa ilmu penuh di dada..
itu sebabnya kami nie jenis belajar logic circuit last minutes..
tak sempat nak kaji habis apa sebenarnya yang kiteorg belajar selama 6 bulan per semester tu..
hampeh betol..
tu laa subject yang kami semua susah nak paham dan hebat laa..
ehh ada lagi satu subject yang hampeh iaitu DE..
tu pun lebih kurang jugak jadinya..
belajar dalam kelas lain, study step sama macam dalam kelas..
tapi bila tengok soalan final, semuanya lain..hampeh betei laa.. -_-
subject lain so far okey dan dek logik akal laa.. 
tapi perkara yang dah lepas harap jangan dikenang..
kita dah usaha yang terbaik dan dah lakukan apa yang termampu untuk final..
kalau ada rezeki, dapat laa kita bertemu lagi di semester yang akan datang..InsyaAllah..
macam biasa time study week kami berkumpul tuk belajar bersama-sama..
study group kami bertambah keahliannya..hehe
lagi ramai lagi banyak ilmu yang boleh kita kongsikan..
kali nie kami belajar kat fakulti, tempat yang selesa boleh study reramai..
tapi kali nie mood aku kurang okey sikit nak ajar member-member sebabnya aku sendiri rasa ilmu di dada tak cukup nak ajar orang lain..sobsobsob..
mana yang termampu dan paham jer aku boleh ajar..
sorry guys..aku bantu korang mana yang boleh aku tolong jer..
pada yang kena marah dengan aku banyak kali tu...
sabar jela..
perangai terlepas cakap nie memang tak boleh hilang..
mohon maaf yee kawan-kawan..
siapa-siapa terasa hati dengan aku tu cepat-cepat laa buang perasaan tuh..
takot pulak aku..
aku marah pun sebab nak tolong korang..
nak tengok korang berjaya jugak..
tak nak kehilangan korang pada semester yang akan datang..
kita belajar sama-sama, berjaya pun sama-sama..
kan best kalau macam tuh..
aku harap kita semua akan bertemu lagi pada semester akan datang..
tak dak hampa..study group kita sunyi laa...
cerita pasal masa study week nie..
macam-macam kejadian lawak terjadi..
dengan meja belajar penuh dengan makanan kononnya tak nak mengantuk..
dengan membahan-bahan percakapan member..
selalunya selalu buat kiteorang gelak mat yie dengan capang.
ada jer perkataan-perkataan yang boleh buat orang gelak..
ehh kau nie..ehh..selamjer jer..kahkahkah..
style dok korang nie..
belajar pun tak stress..asyik gelak jer..
haishh..ape pun tak boleh..
bila apa yang kiteorang tak habis belajar kat fakulti tu disambung belajar kat bilik masing-masing..
sambil aplikasi twitter, wechat, dan wassap masing-masing active..
kemudahan untuk berinteraksi..
tu untuk kalau-kalau dapat maklumat baru tentang final..
kemudahan yang ada kiteorang guna sehebatnya..huhu
hebatkan kiteorang nie..
sampaikan ada orang rasa tak senang bila tengok kiteorang nie study bagai nak gila..
dengan apa yang aku cakap tadi belajar sama-sama,berjaya pun sama-sama..
that's our team work..
tunggu semester depan anoi and mirul kembali balik ke utem..
alhamdulillah..dapat jumpa korang lagi..
happy bila bersama korang semua..
thank you for this semester..
for the next semester, just wait and see k..
















Sunday, May 12, 2013

happy mother's day


kisah sudah bermula..

ini kisah yang sangat kelakar dalam hidup seseorang tuh..
serious kelakar..
ceritanya bermula begini..
dia terima panggilan daripada abang sayang dia..
mereka berbual macam selalu dan sebelum2 nie..
mereka selalu bertanya pendapat, bergurau2 senda, tanya khabar 
walaupun jarak rumah mereka nie tak dak laa jauh sangat 
naik moto 15 minit jaa dah pun sampai..
kalau jalan kaki memang lambat sampai lagi2 kalau aku yang tak berapa nak rajin laa kalau disuruh jalan kaki...
mereka nie terpaksa sembunyikan relationship diorang atas sebab-sebab tertentu..
yang perempuan yee still study kat menara gading macam aku nih..
yang lelaki pulak kena tunggu si perempuan nih habis study dan 
pada masa tuh kocek si lelaki nih dah berkepuk dengan duit..
beruntung laa badan dapat lelaki macam nie..
tapi si lelaki nie susah nak keluarkan duit dia, tak kira si perempuan ni mintak ke siapa2 mintak laa..
mungkin kahwin nanti berubah laa kot..
dia hanya beli sesuatu barang yang dia betol2 nak beli..
tak pelik laa,lelaki macam ni bukan kedekut tapi dia cuba untuk berjimat dan fikir masa depan..
bersyukur jaa kalau dapat lelaki macam nie..
sambung cerita kelakar mereka nie..
dalam asyik bercakap,...
tibe-tibe...

lelaki : tahu tak kat mana rumah tok abg??
perempuan : kat mana abg?? nak tahu jugak kat mana..
lelaki : tu haa kat belakang rumah ayg jaa..
perempuan : laa yeke..betul ke nie??
lelaki : betullaa, tak nak tipu pulak..
perempuan : okey,kelakar laa dah duduk lama tapi tak tahu pun..

mana tak yer perempuan ni bukan tahu sangat salasila keluarga lelaki nie..
maklum laa dia baru ja tinggal kat situ..
dan si perempuan ni jarang balik ke rumah disebabkan study..
si perempuan selalu ja bergurau, berbual dengan tok dia..
tapi dia tak tahu pun yang dia selalu usik2 tu adalah tok lelaki tuh..
kecik jaa dunia nie..
yang paling kelakar lagi, dia dengan lelaki tu adalah sedara..
penghujung ya dia dapat tahu jugak yang dia dengan lelaki tuh ada pertalian darah..
sweet laa pulak..
sepanjang perkenalan mereka, mereka nih tak pernah gaduh langsung walaupun mereka jarang berjumpa..
mungkin sebab kurangnya berlaku sesuatu perkara tak senonoh menyebabkan mereka hidup bahagia..
diharapkan suatu hari nanti perhubungan mereka ni direstui oleh ibu bapa mereka..
jangan leraikan sesuatu ikatan yang terjalin indah, nescaya kebahagian akan dicapai jua..
bersabar laa selagi mampu bersabar..Allah sentiasa memihak orang yang berkata benar..
semoga aku akan dapat orang sesweet macam cerita diatas..insyaAllah..

kami part 1

setelah penat berkerja keras demi sesebuah kerajaan..
semua berjalan dengan lancar..
cara melepaskan kepenatan dengan bergambar..
tak sah kalau kiteorang nie tak bergambar..
selagi tak pecah skrin, selagi tuh kami berposing sakan..
kahakahkah..
tak pun..kami budak baik jaa..posing biasa2 ja..
asalkan senyum jaa..

kami laa nih..


my lovely cousin

kak jaa & kak shah

kak ma n abg pie

we again.kahkahkah

jaga2..

weeehooo..again..

ala comey yaa..
tamat part 1..
nanti part seterusnya bersama kami..
kahkahkah..
mungkin bermacam-macam ragam lagi agaknya..
wait and see yee u ollsss..

Tuesday, April 30, 2013

meminang n nikah

bila cakap pasal meminang dan nikah nie..
terasa nak kahwin laa pulakk..
tapi tak boleh lagi sebab yer study perlu diutamakan dahulu,..
cita-cita dan kejayaan hidup perlu dicapaikan dulu..
rasa cemburu pun ada jugak bila on facebook jaa..
ada jaa notification pasal member dah nak kahwin..
cepat siot diorang nih kahwin..
awat yaa hampa nak kahwin awal2 nie..
dah boleh jalankan tanggungjawab sebagai suami dan isteri ka??
aku selalu dok tertanya-tanya boleh ka depa nie??
bagi yang dah betul2 ready tuh tak ape laa..
semoga berbahagia dan menjadi suami isteri yang soleh dan solehah..
dimurahkan rezeki dan cepat2 laa dapat baby keyy..
benda-benda macam nie depend kat diri sendiri..
tanya kat diri kita nie,"dah ready kah aku nie??"
"bolehkah aku pikul tanggungjawab bila dah berumah tangga??"
kalau kita dah niat nak kahwin, tu bermakna kita betul2 dah yakin dengan keputusan kita tuh..
once bila seseorang lelaki telah menyatakan hajatnya untuk berkahwin dengan seseorang perempuan yang dia sangat sayang dan hargai...amat laa beruntung si gadis tuh..ini bermakna lelaki tuh dah betul2 bersedia untuk jadikan gadis tuh sebagai isteri dia..
bagi kaum perempuan,jika keliru cepat2 laa berfikir,bertanya pendapat kawan2, dan paling penting minta laa petunjuk dari Allah SWT..insyaAllah ada jalan yer..
sabar,sabar dan terus bersabar..
blahblahblah..kahkahkah..
bila aku nak kahwin nie..uwargghhh...

Friday, March 29, 2013

reality,true story,love story..

ini kisah berlaku di satu kampung...
kisah seorang jejaka dan seorang perempuan yang dilebalkan comeyy..
hati seorang perempuan nie kadang2 happy bile seseorang lelaki
mula meluahkan hasrat di hati terhadap perempuan tersebut..
perempuan mana tak nak rasa cinta dan belaian kasih sayang sesorang..


mula-mula si jejaka tuh usik2 jaa..
macam orang selalu cakap usya2 dulu..
perkataan baru pulekk yang aku dengar "LLS"..
sampai sekarang aku tak tahu apa maksud sebenar perkataan tuh..
whatever laa..
sambung balik cerita si jejaka dan si gurlz nie..
usik2 biasa jaa..si perempuan nie selalu jual mahal sikit bila berjumpa mana2 lelaki..
muka dia selalu ketat bila mana2 lelaki terjumpa dengan dia..

budak2 kampung ingat bila orang baru masuk kampung nie lagi2 perempuan,
boleh laa kenal2 dan mana tahu tersangkut..
ramai orang kampung cakap susah nak dapat perempuan nih..
senyum pun susah..apa kan lagi nak mintak nombor telefon..
si jejaka nie tercabar dan nak tengok sangat siapakah gerangan perempuan yang diperkatakan oleh budak2 kampung..
si jejaka nie pun pergi la mencari sehingga dia terjumpa perempuan nie..
ternyata perempuan tuh memang sangat comel dan cantik..
tak berkelip si jejaka nie tengok dia..
perghh..cantik siot!!!
si jejaka nie memberi senyuman malu terhadap dia..
dia pun merasa malu dan membalas senyuman tuh..
hairan kenapa si jejaka  tuh saja dapat merasa keindahan daripada dia??
confirm budak2 kampung jelez bila dapat tahu..
mungkin dia dah suka kat si jejaka tuh kot..
tertanya2 kan..

sebenarnya perempuan tuh dah lama melihat or memerhatikan dia sebelum nie..
tapi dua2 tak tahu bila peluang yang betul2 sesuai untuk berkenalan..
ada satu majlis yang boleh membuatkan mereka berkenalan lebih rapat lagi..
majlis nie ada kena mengena dengan budak perempuan tuh..
hati si jejaka tuh berbisik..ni peluang aku tuk kenal dia lebih rapat lagi..
ternyata bisikan hati tuh benar2 terjadi..
usik2 manja,berbual2 then bertukar nombor telefon..
tuh baru step pertama..
dah pun berjaya mendapat seorang gadis yang betul2 si jejaka nie suka dah jatuh cair dengan dia..
budak perempuan jarang ada kat kampung..
maklum laa belajar jauh dari kampung..
balik kampung pun bila ada cuti panjang jaa..
mula mereka berkenalan lebih rapat lagi melalui SMS..
si jejaka nie mulalah keluarkan ayat-ayat romantis yer sehingga laa perempuan tuh berubah menjadi suka kat jejaka nie..
tula nama hati dah berjumpa pasangan dia..
ada ayat yang aku baca dalam buku sperma cinta membuatkan aku tertarik nak tulis entry kali nie..
ayat yer berbunyi begini..

       " Tuhan anugerahkan kita 2 mata,2 telinga, 2 tangan , semuanya berpasangan...tapi hati hanya ada 1 hati jaa..bila satu hati untuk kita ketemukan , dan jadikannya satu pasangan untuk terus mengharungi masa depan, itulah namanya cinta."

dramatiskan ayat tu..serious, bila aku baca buku tuh..ada logik akal yer..
setiap pasangan yang bercinta selalu ada masalah yang sama..
kebiasaan yer masalah takut dengan masa depan yang akan datang..
perempuan la selalu risau bab2 nie..
ayat yang biasa kita dengar bila perempuan takut dengan masa depannya,bunyi yer begini :

      "betul ker suka aku??"
      "kenapa dia dah mula tak layan aku macam dulu2 time mula2 kenal??"
      "dia akan tinggalkan aku ke suatu hati nanti??"
      "macam mana kalau parent tak suka dia kalau aku cakap aku nak kahwin dengan dia??"
      "dia nak kahwin dengan aku ker??"

betul kan ayat tuh biasa jaa kita dengar..
jangan takut nak hadapi sesuatu kalau dia betul2 yakin untuk kita...
sambung story pasal dua pasangan yang bercinta..

lepas SMS..mulalaa rasa nak dengar suara dia pulak..si jejaka berbisik dalam hati..
si jejaka pun terus menelefon budak perempuan tuh..
perempuan biasa yer segan nak angkat telefon dari orang yang dia baru nak kenal nie..

dia pun menjawab telefon si jejaka tuh..
fuhh..ketaq2 bila tengah bergayut...
mereka nie bercinta senyap2..
tak ada siapa pun tahu kisah mereka berdua tengah hangat bercinta..
si jejaka mula take serous dalam perhubungan..
si jejaka ada niat untuk jadikan budak perempuan tuh sebagai isteri dia yang sah..
TAPI...

persoalannya budak perempuan tuh still belajar lagi dekat menara gading..
how come??
si budak perempuan tuh buat keputusan tunggu lepas habis belajar dulu..
nasib baik laa si jejaka nie memahami situasi budak perempuan tuh..
pada sutu malam,mak kepada si jejaka nie mula bertanya..
begini dialog yer :

    "kau berkawan dengan siapa sekarang nie??"mak bertanya..
    "ehh..kenapa mak tanya tetibe nie??"si jejaka bertanya balik..
    "yela mak tengok kau bahagia semacam jaa..nie mesti ada seseorang yang dah singgah kat hati kau nie..bagitahu laa kat mak..boleh mak masuk meminang.. " mak si jejaka berkata...

terkedu bila mak si jejaka mula perasan perubahan terhadap anak yer..
si jejaka pun mencerita apa yang berlaku kisah antara dia dan mak nya itu tadi kepada budak perempuan..
budak perempuan tuh panik..
tertanya2 dan banyak persoalan yang dibangkitkan..
si jejaka relax dan cool jaa bila jadi macam nie..
sebab yer si jejaka sangat sayang kat budak perempuan tuh..
dan si jejaka yakin suatu hari nanti dia akan dapat mengahwini budak perempuan yang dia sangat sayang dan cinta tulus iklas dari hatinya..


kebiasaan yer orang lelaki nie cool je bila ada masalah..
ada masalah sikit, bakar sebatang..hilang laa stress tuh..
kalau perempuan selalu ja panik,gelabah dan mula risau..
tak tipu pun..
aku pun selalu rasa perkara yang sama..
susah nak buang tabiat panik,gelabah dan risau nih..
dah macam tepung bila di campurkan dengan air dan diulikan akan sebati jugak akhir yer..
tah pape jer peribahasa aku nih..kahkah..
kita kena banyak belajar mempositifkan diri..
baru laa kita rasa tenang jaa..
now,habit aku bila aku rasa resah,gelisah,risau jaa..
aku apa lagi capai buku motivate,komik dan buku mengarut tapi dek logik akal..
tuh jaa yang mampu aku buat tuk reduce kan rasa bercelaru tuh..
see..ia yer berkesan..

      "NOTHING ELSE...,NO STRESS,NO FEAR."

that gonna in our life..life is meaningful..learn from our pass or bad story of life..
aku berdoa akan selalu diberi peluang untuk merasa keindahan sebegini terus-terusan daripada asyik stress jaa..

cerita kat atas tadi tu,ada betul dan ada jugak tokok tambah bagi menyedapkan secuku rasa..haha..
boleh gitu???boleh jaaa..
jangan ada sesiapa terasa dengan story kat atas..just nak berkongsi pendapat dan cerita..
peace from me..hehe
lain hari aku story panjang2 lagi macam nie..



Wednesday, March 27, 2013

just for you kak ma..


Tiup serunai di atas kota,
Uda memupuk bunga Melati;
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai dalam hati.

Amat garang datuk bentara,
Musuh melanggar habis dibenam;
Dulu seorang kini berdua,
Hidup bersama susah senang.
Ke Seberang Takir membeli cermin,
Beli ikan dimasak gulai;
Cinta berakhir di jinjing pelamin,
Sama segak kedua mempelai.

Panas kering siapakan tahu,
Hujan rintik di daun pandan;
Berjalan seiring bersentuh bahu,
Sama cantik sama padan.

Feringgi melanggar Inderagiri,
Lalu dibedil oleh laksamana;
Suami ibarat kepala negeri,
Hendaklah adil lagi saksama.
Ayam dara di buat gulai,
Bungkus bekalan letak di bucu;
Riang gembira kedua mempelai,
Semoga berkekalan keanak cucu.

entri kali nie pasal wedding kak ma..
Alhamdulillah selesai sudah wedding kak ma..
pada 24.3.2013..
Bersulam cinta selama 7tahun..
Akhirnya disatukan sebagai raja sehari..
Kak ma Nampak sangat cantik..
Comeyy dan molekk..
Nice pink..
Semoga berbahagia disamping suami yang tersayang..
Give the true love for him..
Cepat2 dapat baby deyy..
Kami sekeluarga sentiasa mendoakan kebahagiaan kak ma & abg pie..
Selamat menjalani kehidupan baru sebagai suami dan isteri..
Cekal dan tabah untuk menghadapi dugaan di alam perkahwinan..
insyaAllah ada barakahnya..


(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu).



time akad nikah


hantaran dari pihak lelaki

pelamin ala sakura putih

permaisuri di hari kebahagiaannya..

raja sehari sama cantik dan sama segak yer..

photoshot di rumah

outdoor photoshot

keluarga bahagia

jadi boh gambar nie..first try untuk meng"posing"kan pengantin..

happy family..

tuan punyer blog pun nak bergambar..

hehe..macam datin2 bergambar..

be jelezz k..kami pun nak jugakk..


"The best and most beautiful things in this world cannot be seen or even heard, but must be felt with the heart." by Helen Keller

"True love stories never have endings." Love Quote by Richard Bach

Thursday, March 14, 2013

banyak yer buku tuk sem nih..

niii haaa!!!

betapa banyaknya buku untuk sem kali nie..kalau tak study betol-betol nih tak tahu laa nak cakap apa laa kan..kena usaha sendiri,dah boleh nak mengharap kat siapa-siapa untuk membantu..
belajar makin lama makin susah..kalau tak fokus dari awal memang susah laa nak score subject- subject killer macam logic circuit dan electric circuit..
seriously memang payah nak paham..
kena belit buku ni dua tiga kali baru boleh paham..
then boleh terlupa pulekk..
insyaAllah sikit2 aku boleh jugak..jangan risau laa aku boleh buat..
hidup mesti ada keyakinan baru laa life nie wonderful..
aku akan buktikan yang aku nih boleh buat..
amim..

herbalife....ehh

aku mula berjaga dengan berat badan aku..
aku juga mula perasan badan aku macam bengkak2 sana sini..
mula laa aku risau..
sebab takot gemuk..
perempuan mana tak nak kurus dan nampak cantik..
aku cube conrol makan tapi susah..
mesti nafsu nak makan tuh ada jaa..
aku ada terbaca entry mira (my course mate) pasal herbalife ..
ehh tertanya-tanya pulekk boleh kurus ker..
mira telah membuktikan dirinya telah berjaya dengan menggunakan herbalife tuh..
macam nak cube jaa..
mana laa tahu berkesan..
ok,aku pun terus inbox mira tanya pasal herbalife nie..
mira pun cerita serba serbi yang aku nak tahu sangat tuh..
then mira mintak maklumat diri pasal kesihatan dan permakanan aku setiap hari macam mane..
dah macam doktor dalam internet pulekk..
daripada situ baru aku tahu betapa pentingnya jaga badan dan control pemakanan kita nie..
makan terlebih pun bahaya gak..
makan terkurang pun bahaya..
so berpada-pada laa dalam permakanan..
after selesai analisis kesihatan..
mula bincan-bincang dengan mira pasal harga herbalife shake n tea mix..
dua barang nie jaa aku amek..
nanti lari bajet pulekk kang,payah aku nanti..
alhamdulillah hasil yer mula berkesan sikit demi sedikit..
ada improvement laa kata orang kan..
after this tak payah laa nak control makan sampai tak makan 1 hari..
setiap pagi dan sebelum maghrib aku kena pastikan aku kena amek shake..
kenyang jaa minum shake tuh,,heee..
makan sekali jaa,tengahari dengan sayur yang lebih banyak daripada nasi dan lauk..
siapa yang tak makan sayur tuh memang payah laa sikit..
heeee..
semoga aku berjaya dalam penggunaan herbalife nih..
begin the life with HERBALIFE..

tuuu diaaa..!!



shopping...weeeee...

hari isnin 4.3.2013 dapat voucher buku..
time nak ambil voucher tuh boleh sesat pulekk kat dalam bilik2 yang diaorang sediakan..
salah tempat daa..
cari huruf permulaan nama tak jumpa,..
sebab tuh laa sesat..
nasib baik laa ada member yang membantu..
kalau tak still berlegar2 lagi dalam bilik yang salah tuh mencari nama..
pape jer kan..
tuh laa tak baca arahan yang diorang bagi..
kan dah sesat..
rasakan laaa...

After dah selesai voucher..
duit PTPTN pulekk yang ditunggu-tunggu..
errr..
dua hari lepas dapat voucher..
akhir yer dapat juga duit PTPTN..
separuh dah kena potong terus untuk bayar yuran..
tak apa laa yang penting yuran pun dah selesai sudah..
hidup di Universiti hanya bergantung pada duit PTPTN yang dapat jela,,..
tak nak susahkan mak ayah lagi..
ada adik2 lagi yang memerlukan duit tuh..
so,kena pandai bahagikan duit n berbenlanja..
aku nih kuat shopping..
memang kuar tuh kalau tak beli barang memang tak sah laa..
errr..
buruk jer perangai..
tu laa aku hakikat yer..
sabar jelaa perangai aku nih..
but now..
I need to control myself  for this sem for shopping..

konon yer tak nak shopping..
tapi shopping gak..
haaaissshhh..
tapi nie shopping benda penting..
shopping guna voucher n duit sikit..
hasil dari voucher..
aku kena beli buku jaa..
tapi??
aku nak beli buku ape??
pakai amek jaa laa..
2 jam dok dalam popular tuh..macam ape dah..
komik,buku adik2 n buku motivasi jaa la aq beli..
nak beli stationary tak lepas..
so..

bukan tuh jaa aku shopping..
before shopping buku2 nih..
aku ada beli kasut..
hee..
dah lama plan nak beli..
akhir yer dapat gak beli kasut tuh..
suka sesangat bile kita dapat beli apa yang kita nak kan..
rasa puas..
memang berbaloi laa..

comel tak??heee
heheeee...
be jelezzzz ok...
ok laa..
stop pasal shopping k..
banyak benda lagi perlu fikir dan patutu dibeli..
moral of the story.
jangan boros k.
beli apa yang perlu jaa..
:)



Wednesday, February 27, 2013

just for kak wani n abg wan :)

okeyy..
dah selesai segala2 yer..
semoga bahagia disamping suami..
sehingga ke anak cucu..
nanti anak mesti comeyy2 deyy..
hope it will be happy ending..
true love is always right..
Allah always with us..
good luck for new life as wife and husband..
we will be support whatever goes around on your life..
Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

kami doakan kebahagiaan kak wani n abg wan berkekalan hingga ke akhir hayat..
we love you
this my sweety cousin