Tuesday, August 28, 2012

amalan tertolak kerana mazmumah


PINTU LANGIT PERTAMA
malaikat membawa amalan seorang hamba yang mempunyai NUR.
Berkata malaikat penjaga pintu langit"pukullah amalan ini ke muka orang yang mengejarkannya.
Akulah malaikt penjaga GHIBAH (mengumpat).
Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya.

PINTU LANGIT KEDUA
selepas berjaya melalui pintu langit pertama,malaikat itu sampai ke pintu langit kedua dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak.
Kata malaikat penjaga langit,"berhenti kamu dan pukul amalan ini ke muka orang mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan amalannya dia mendapat keuntungan di dunia."

PINTU LANGIT KETIGA
malaikat membawa amalan berupa pahala sedekah,solat, dan puasa.
para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintas langit pertama dan kedua.
tetapi ditahan di langit ketiga.
malaikat berkata,"Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang takabbur dapat melintasku.
Orang itu suka membesarkan diri di majlis orang ramai."

PINTU LANGIT KEEMPAT
Amalan berupa tasbih,solat,puasa,haji, dan ummrah dibawa malaikat sehingga melepasi pintu langit keempat.
berkata malaikat penjaga langit,"Allah memerintahkan supaya amalan orang yang ujub tidak boleh melintasiku.Dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya"

PINTU LANGIT KELIMA
amalan yang dibawa berseri-seri,lalu malaikat berkata "berhentilah dan buangkan amalan ini pada muka orang yang mengerjakannya.
mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya."

PINTU LANGIT KEENAM
malaikat membawa amalan solat,zakat,umrah,jihad,dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama.lalu berkata malaikat penjaga langit,"pukullah amalan ini kepada dia tiada belas kasihan kepada hamba-Nya yang menghadapi kesusahan."

PINTU LANGIT KETUJUH
Berkata malaikat Sum'ah ,"aku akan menghalang amalan orang yang riyak daripada sampai kepada Tuhanku.
dia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi supaya amalannya disebut-sebut."

KETIKA BERTEMU ALLAH
naik malaikat yang membawa amalan seorang hamba yang berupa solat,zakat,haji,umrah,akhlak,mulia,banyak,berdiam diri,dan berzikir.
amalan ini dibawa oleh para malaikat penjaga langit sehingga dapat melintasi semua halangan dan sampai kepada allah.Ketika itu,Allah berfirman yang bermaksud,"kamu adalah yang bertugas menjaga amaln hamba-Ku ini.
Aku lebih mengetahui segala isi hatinya.Dia tidak ikhlas kepada-Ku dengan amalannya.
Dia boleh menipu orang lain,menipu kamu tetapi tidak boleh menipu aku"


No comments:

Post a Comment