Friday, August 10, 2012

tip kepada yang hendak berhenti merokok

kepada yang merokok ue..
berhenti la..
BAHAYA!!
untuk tuk korang..
bukan korang jer,orang sekeliling pun turut merasa kesakitan ue..
ishh2..
jadikan lah negara kita nie bebas dengan asap rokok ue..
cube korang tengok ape yang ada dalam sebatang rokok..
menakutkan jer..

Keburukan merokok dan Mengapa Perlu Berhenti Merokok

 Ia tidak memberi kebaikan kerana merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling kita terutama ahli keluarga. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
 Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkan kanak-kanak sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak, mengalami perkembangan paru-paru yang lemah, mendapat asma

Faedah-Faedah yang diperolehi Jika Berhenti Merokok

> Panjang umur
> Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya – Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
> Mencegah penyakit – Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
> Kehidupan yang lebih sihat kerana mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
> Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain kerana apabila kita merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling kita, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
> Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
> Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
> Meningkatkan deria bau dan rasa
> Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
> Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
> Menjimatkan wang.
> Melindungi alam sekitar dari pencemaran asap rokok.
> Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.

Tips Berhenti Merokok :
  1. Melengah-lengahkan iaitu cakap pada diri sendiri tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar sehinggalah tidak merasa ketagihan merokok.
  2. Menarik nafas panjang iaitu tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
  3. Minum air dengan kuantiti yang banyak terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.
  4. Menyibukkan diri dengan berbuat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
  5. Menjauhkan diri daripada orang yang merokok. Cuba jauhkan diri dengan rakan yang merokok  sehingga korang benar-benar telah berjaya untuk berhenti merokok.
  6. Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok seperti berkumpul atau lepak bersama kawan yang merokok.
  7. Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis.
  8. Membasuh tangan selalu.
  9. Mandi dengan kerap.
  10. Meregangkan otot dengan melakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
  11. Meditasi iaitu dengan menenangkan diri supaya dapat berfikir dengan rasional.
  12. Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment